Friday, February 26, 2010

High Level Training 3 (6-7 Februari 2010)

Bertempat di Hotel Awana, Genting Highland pada 6-7 Februari 2010, Kenshido International Sdn Bhd telah menganjurkan seminar High Level Trainiing (HLT) kali yang ketiga, dihadiri oleh 300 orang delegasi ScoreA dari seluruh negara. Program selama 2 hari ini bertujuan untuk membantu rakan-rakan niaga dari segi perkongsian pengatahuan dan hala tuju syarikat bagi tahun 2010. Beberapa pencapaian hebat telah diumumkan seperti berikut:

1. Majlis Pengumuman Kepatuhan Syariah (Syariah Compliant) dan Majlis Menandatangani Sijil Kepatuhan Syariah oleh Panel Penasihat Syariah yang dilantik oleh Kenshido International.

2. Pengumuman pelancaran ScoreA i-Teacher yang merupakan kerjasama strategik antara Kenshido International Sdn Bhd, eEducator Sdn Bhd dan Universiti Sains Malaysia. i-Teacher akan diaktifkan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4 & 5 bermula 15 Mac 2010.

3. Penyampaian sijil penghargaan Pelajar Cemerlang Score A kepada pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR).

4. Pengumuman penambahan bank soalan dan subjek (bermula May-2010) seperti berikut:
Tahun Satu hingga Tahun 6 - 8 matapelajaran
Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 - 9 matapelajaran
Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5 - 10 matapelajaran

5. Pengumuman pelancaran e-Pendidikan Islam dan e-Arabic.

6. Pelancaran portal 1Kenshido meliputi Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bermula 15 Mac 2010.

No comments:

Post a Comment