Monday, May 16, 2011

Hari Perpaduan 1Kenshido dan Pelancaran Optiberry

Pada tanggal 15 May 2011, bertempat di Plenerium Putrajaya International Convention Center, satu sejarah telah terpatri dalam industri network marketing apabila Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, Dato' Seri Ismail Sabri Yaacob telah meluangkan masa untuk merasmikan Hari Perpaduan 1 Kenshido dan seterusnya melancarkan produk kesihatan pertama Kenshido - Optiberry. Dalam majlis yang sama, YB Menteri telah juga berkenan untuk mengangkat Ikon Kenshido, En Aziz Samad sebagai Ikon Industri Network Marketing Malaysia. Antara isi kandungan ucapan beliau, beliau turut mengiktiraf industri network marketing sebagai satu kerjaya yang mempunyai masa depan yang cemerlang. Menurut beliau, kerajaan mensasarkan pendapatan kasar negara melalui industri network marketing sebanyak 8.5 billion 2011 dan bakal meningkat kepada 10 billion pada 2012. Beliau juga turut mengiktiraf Kenshido International sebagai satu-satunya pioneer dalam bidang e-Pendidikan di Malaysia.

Friday, March 18, 2011

Pelancaran Skuad Jelajah GPMS-ScoreA Peringkat Negeri Melaka

Lagi pengiktirafan untuk ScoreA Programme. Kali ini pelancaran Skuad Jelajah GPMS-ScoreA peringkat negeri Melaka oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Kolej Yayasan Saad pada 15 Mac 2011. Pelancaran ini meneruskan kesinambungan kerjasama antara NGO - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dengan Kenshido International sebagai penyedia portal pendidikan terunggul di Malaysia. Terima kasih kepada Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Hebat!!!

Saturday, March 5, 2011

Terkini : ePast Year 2010

Salah satu kelebihan sistem online adalah perubahan boleh dilakukan serta merta tanpa perlu melalui proses yang panjang. Terkini, set soalan peperiksaan UPSR dan PRM 2010 sudah boleh didapati di ScoreA Programme - Examination Hall.

Hubungi kami segera untuk melanggan portal ScoreA. Jangan tunggu lagi!

Monday, February 28, 2011

Penambahan Subjek, Harga Tetap Sama!

TERBARU: Subjek Kemahiran Hidup kini di ScoreA.


Subjek Kemahiran Hidup kini boleh diakses melalui Portal ScoreA - Output Learning. Untuk peringkat pengenalan, para pelajar sudah boleh menggunakan modul eTopic dan eAssessment. Semua ini didatangkan secara PERCUMA kepada para pelanggan ScoreA. Untuk bakal pelanggan baru, tiada penambahan harga. Program berkualiti, harga amatttt murah. Ibu bapa jangan tunggu-tunggu lagi. Hubungi kami segera!

Friday, January 7, 2011

Jelajah ScoreA: Gegar Parit Buntar

Tarikh:  25 Disember 2010
Event: Perjumpaan Alumni SMA Al-Falah
Tempat: Sekolah Menengah Agama Al-Falah, Tanjung Piandang, Parit Buntar
Coverage: Parit Buntar, Bagan Serai, Bandar Baharu, Jawi

Kehadiran Team ScoreA bagi membantu rakan-rakan niaga di Parit Buntar ternyata mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada ibu bapa. Event singkat selamat 4 jam merangkumi sesi demonstrasi, sesi khidmat nasihat dan juga mini-preview berjaya menarik minat ibu bapa yang prihatin dengan pendidikan anak-anak. Semoga dengan pengenalan singkat ini, ScoreA Programme akan dapat diterima pakai dengan lebih meluas.


GEGAR Parit Buntar: Sesi demonstrasi online
GEGAR Parit Buntar: Sesi khidmat nasihat
GEGAR Parit Buntar: Perancangan strategi
 
 GEGAR Parit Buntar: Bersama local leaders, Cikgu Hasrul



Monday, January 3, 2011

Jelajah ScoreA : Gegar Alor Setar

Tarikh: 3 Januari 2011
Event: Perasmian Pasaraya Pendang
Tempat: Perkarangan Pasaraya Pendang, Jalan Langgar, Alor Setar
Coverage: Alor Setar


Sempana pelancaran semula (rebranding) Pasaraya Pendang, Team ScoreA telah dijemput untuk mengadakan sesi penerangan di perkarangan Pasaraya Pendang, Jalan Langgar, Alor Setar Kedah. Aktiviti selama sehari ini telah memberi peluang untuk para usahawan ScoreA menampakkan kehebatan program ini kepada masyarakat di sekitar Bandaraya Alor Setar.